Лента постов канала Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) https://t.me/zamirmohyedin ru https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sun, 17 Aug 2025 15:24:50 +0300
Kenapa Blobfish jadi lembik bila naik ke permukaan?

1. Blobfish tinggal di laut dalam, sekitar 1,200 meter ke dalam laut. Kadang orang tertanya macam mana ikan macam ini boleh tahan tekanan tinggi.

2. Antara ciri ikan laut dalam ialah kebanyakan mereka tak ada pundi renang (swim bladder). Pundi renang menyebabkan anatomi ikan itu mempunyai ruang kaviti dan hal ini tak sesuai untuk berhadapan dengan cabaran tekanan tinggi Ia boleh menyebabkan ledukan (implosion).

3. Selain itu, struktur ikan ini lazimnya lembik dan lembut. Tekanan tinggi yg membuatkan tubuh mereka jadi pejal dan tegap sama seperti Blobfish.

4. Jadi, bila Blobfish dinaikkan ke permukaan, tubuhnya mencair sebab tiada tekanan kuat untuk kuatkan tubuhnya.
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sun, 17 Aug 2025 15:24:43 +0300
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sun, 10 Aug 2025 15:48:19 +0300
West African Lungfish boleh hidup tanpa makanan lebih dari 3 tahun. Keadaan ini terjadi apabila ia masuk fasa hibernasi yg mana Lungfish membenamkan diri dalam lumpur. Lumpur itu akan keras dan membentuk kepompong untuk melindungi dirinya.

Setakat ini, West African Lungfish adalah ikan paling lama bertahan tanpa makanan.
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sat, 09 Aug 2025 16:05:57 +0300
Bersempena Hari Kucing Sedunia semalam (8 Ogos), ini 5 trivia menarik tentang kucing;

1. Kucing, singa, jaguar, harimau, harimau bintang (leopard), kogar, lynx dan beberapa spesis kucing yang lain berasal daripada keluarga besar Felidae. Spesis-spesis ini berkongsi leluhur yang sama sekitar 10 juta tahun yang lalu.

Keluarga Felidae biasanya dipanggil sebagai keluarga kucing. Singa, harimau, harimau bintang dan jaguar biasanya dipanggil sebagai kucing gergasi (big cats).

2. Kucing mula menjinakkan dirinya sendiri menjadi kucing rumah (domesticated cat) sejak sekitar 12,000 hingga 10,000 tahun lalu iaitu sewaktu manusia mula mengasaskan pertanian dan mendirikan penempatan tetap.

Penempatan manusia menjadi tarikan kucing kerana munculnya tikus-tikus perosak. Hal ini menjadikan kucing awal hidup bersama manusia dan menjadi jinak. Tersebar luasnya aktiviti pertanian, penjinakkan kucing turut tersebar luas.

Di Tamadun Mesir Purba, kucing diangkat dan disanjung sehingga menjadi objek sembahan kerana kucing sering melindungi manusia termasuk firaun daripada ular, kala jengking dan tikus perosak.

3. Kalau perasan mata kucing sangat bersinar apabila disinari pancaran cahaya pada waktu malam. Ini merupakan petanda mata kucing sangat sensitif dengan cahaya, malah 6 kali sensitif berbanding manusia. Keupayaan ini menjadikan kucing dapat melihat dengan baik dalam gelap. Dengan cahaya yang sikit pun kucing masih dapat melihat dengan baik.

Mata kucing membesar pada waktu malam untuk membolehkannya "menangkap" sebanyak cahaya yang ada di sekelilingnya untuk melihat.

Walaupun begitu, julat warna kucing begitu kecil. Ini bermakna ada warna-warna yang kucing tidak dapat lihat atau kenalpasti sepertimana manusia yang mempunyai julat penglihatan warna yang lebih luas.

4. Misai kucing bukan sekadar hiasan fizikal, tetapi misainya berperanan sebagai inderia (sensor). Kucing jadikan misainya untuk mengesan keadaan persekitarannya. Sebab itulah kadangkala kucing ini tak tengok kita pun, dia boleh tahu kalau kita cuba nak tangkap dia dari belakang.

5. Kucing tidak mempunyai kemampuan untuk rasa manis seperti manusia mampu rasa kemanisan gula dan aiskrim. Walaupun sesetengah kucing sukakan aiskrim dan durian, itu bukan bermakna mereka mampu rasa kemanisan aiskrim dan durian. Mereka sukakan sifat lain pada aiskrim dan durian seperti lemak dan sebagainya.

Kucing hanya mempunyai 470 sahaja tunas rasa berbanding manusia yang mempunyai 9,000 tunas rasa pada lidah.

Selamat Hari Kucing Sedunia!
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sat, 09 Aug 2025 16:05:55 +0300
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sun, 03 Aug 2025 14:04:39 +0300
Sebanyak 115 peristiwa menyaksikan paus Humpback menyelamatkan spesis lain daripada diganyang oleh Orca (Killer Whale).

Benda ini tak pelik kalau berlaku dalam kalangan manusia, tapi amat mengejutkan apabila berlaku dalam kalangan haiwan.

Haiwan ini hidup atas kepentingannya sendiri dan keturunannya (self-interest), malah sesama sendiri pun bergaduh. Mereka juga agak teritorial.

Lazimnya haiwan tak ada kemampuan bekerjasama dengan haiwan yg dia tak kenal — macam memburu bersama-sama walaupun sesama spesis.

Tapi paus Humpback ini pelik, dia selamatkan spesis lain, malah tak kenal pun spesis itu.

Ada beberapa penjelasan yg masih belum tuntas.

Humpback nak jadi hero adalah yg kemungkinan yg tertolak sebab mereka bukan manusia, tak ada kompas moral macam manusia. Benda ini tak bagi faedah kepada mereka pun untuk melangsungkan keturunan.

Humpback menyerang Orca mungkin disebabkan oleh signal serangan yg dipancarkan oleh Orca ketika menyerang spesis lain.

Apabila Humpback dapat signal ini, dia tak tahu siapa yg kena serang. Mungkin anak atau saudara maranya yg diserang. Jadi, dia rempuh je kawanan Orca yg menyerang.

Yg peliknya, bila dia tahu bukan sedara mara dia yg kena serang, tapi spesis lain seperti anjing laut misalnya, dia macam ada sifat melindungi anjing laut itu.

Penjelasan lain mungkin nak tunjuk pada Orca bahawa jangan main-main dengan Humpback. Humpback muda sering dijadikan sasara Orca.

Jadi kelakuan ini nak tunjuk bahawa setiap kali Orca dalam mood nak menyerang tak kira siapa, dia kena berjaga-jaga dengan Humpback dewasa.

Jika berminat dengan topik tentang kelakuan manusia, boleh baca buku Genesis II: Sapien & Neo Manusia di sini: https://s.shopee.com.my/7ASgTOG3bW
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sun, 03 Aug 2025 14:04:03 +0300
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Thu, 31 Jul 2025 05:01:50 +0300
Gempa megatujah (megathrust) yang terjadi di Rusia baru-baru ini merupakan gempa terkuat manusia rekodkan sejak tahun 2011. Semasa tahun 2011, gempa magnitud 9.1 terjadi sehingga musnahnya reaktor nuklear di Fukushima.

Gempa kali ini disebabkan pelanggaran plat Pasifik dan plat Okhotsk. Plat Pasifik bergesel ke bawah plat Okhotsk, menyebabkan kedua-dua plat ini tidak dapat bergerak dengan lancar — macam tersangkut.

Hal ini menyebabkan tekanan terkumpul terlalu lama sehingga tekanan itu tidak dapat ditahan lagi. Kemudian, tenaga daripada tekanan ini menghasilkan gempa setinggi magnitud 8.8, menghasilkan tsunami setinggi 5-6 meter di perairan pantai.

Gempa Kamchatka berlaku hampir kira-kira setiap separuh abad kerana plat ini bergerak 3 inci setiap tahun dan pergerakannya tidak lancar. Bila bergerak, tekanan terkumpul dan akan hasilkan tenaga yg besar lagi di masa hadapan, tuntas gempa.

Kalau nak bayang magnitud 8.8 ini bersamaan dengan 15,000 bom nuklear yang pernah meletupkan Hiroshima.
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Wed, 30 Jul 2025 15:54:16 +0300
Telekinesis, kuasa sakti yang dierealisasikan dengan sains.

Sekarang menulis pakai otak pun dah boleh, takyah pakai tangan, walaupun nampak kekok lagi. Direalisasikan melalui Neuralink.

Dengan kata lain, manusia telah mampu mengawal komputer hanya dengan menggunakan otaknya sahaja. Perkara ini dapat dibuat dengan menampal peranti pada bahagian otak yang mengawal pergerakan tubuh.

Dalam otak kita, ada bahagian otak dipanggil korteks motor yang bertanggungjawab untuk mengawal pergerakan tubuh kita.

Kalau sistem saraf yang menghubungkan ke otak ini putus, kita akan lumpuh. Kalau bahagian otak ini cedera pun, kita akan lumpuh.

Teknologi ini dibangunkan untuk membantu orang yang lumpuh, yang ada penyakit neuro, yang susah untuk bergerak dan apa sahaja yang membataskan dirinya untuk bergerak.

Telekinesis (kebolehan mengawal objek dari jauh menggunakan otak) banyak dipaparkan dalam pelbagai fiksyen dan sains fiksyen.

Kini, ia telah menjadi realiti.

Jika minat topik sebegini, boleh baca buku Gensis II: Sapien & Neo Manusia. Boleh dapatkan di sini:

https://s.shopee.com.my/7ASgTOG3bW
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Wed, 30 Jul 2025 15:53:45 +0300
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Mon, 28 Jul 2025 16:54:13 +0300
1 Julai yang lalu saintis menemui objek angkasa yang sedang menuju ke arah sistem Suria kita.

Ini merupakan objek ketiga yang datang dari luar sisten Suria masuk ke sistem Suria. Objek pertama ditemui pada tahun 2017, dinamakan Oumuamua — ada saintis cadang Oumuamua ialah kapal angkasa makhluk asing. Tapi kebanyakan saintis cadang Oumuamua ialah komet.

Ciri fizikal Oumuamua susah nak dikenalpasti kerana saiznya yang sangat kecil, bergerak terlalu laju dan kurang sifat komet.

Objek kedua dinamakan 2I/Borisov, dijumpai pada tahun 2019. Yang ini memang sah komet.

Objek terkini dinamakan 3I/Atlas, ditemui 1 Julai yg masa itu jaraknya sekitar 670 juta km dari Matahari. Ia bergerak dengan kelajuan sekitar 220,000 km/jam.

Sebab jaraknya yang masih jauh, ciri 3I/Atlas masih belum dikenalpasti sepenuhnya.

Macam biasa, saintis yg pernah cadang Oumuamua itu kapal makhluk asing pun cadang 3I/Atlas mungkin kapal makhluk asing. Mengikut teori Dark Forest, makhluk asing sedar kewujudan kita tapi berhajat untuk berhubung dengan kita — inilah cadangan dia.

Tapi kebanyakan saintis cadang ia berkemungkinan besar komet yg membawa air berusia 7 bilion tahun.

Jika berminat dengan topik angkasa, boleh baca buku Angkasa Raya atau Genesis: Kosmologi dan Dunia Kuantum. Beli di sini;

Angkasa raya: https://s.shopee.com.my/1VoP7jcsHG

Genesis: https://s.shopee.com.my/5Ahr67rOBm
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Mon, 28 Jul 2025 16:53:16 +0300
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sat, 26 Jul 2025 17:06:55 +0300
Selain daripada mamot dan Dire Wolf, saintis juga bercadang nak bangkitkan semula Harimau Tasmania (Tasmanian Tiger) daripada kepupusan.

Walaupun mendapat jolokan Harimau Tasmania kerana corak belang pada belakang tubuhnya, Thylacine bukanlah sejenis harimau, malah jauh sekali berkait dengan harimau.

Ia lebih dekat dengan kanggaru berbanding anjing mahupun harimau — sejenis haiwan marsupial.

Thylacine haiwan yg cukup popular dan merupakan ikon Australia selain koala dan kanggaru. Thylacine pupus disebabkan banyak faktor, antaranya buruan besar-besaran oleh manusia.

Pada sekitar kurun ke-19, dikatakan Thylacine telah menyebabkan banyak kematian haiwan ternakan. Lalu ia diburu dan mendapat habuan hingga membawa kepada kepupusan. Thylacine terakhir pupus di dalam sangkar pada sekitar tahun 1930-an.

Pupusnya Thylacine telah menyebabkan ekosistem Tasmania tidak stabil, haiwan herbivor seperti Wallaby (kanggaru versi kecil) membiak terlalu banyak, dan haiwan yg sakit dapat menyebarkan wabak penyakit kerana tak diburu.

Saintis bercadang untuk bangkitkan Thylacine dengan harapan untuk menstabilkan semula ekosistem Tasmania.

Nampak lebih mudah kerjanya berbanding bangkitkan mamot kerana hampir keseluruhan DNA Thylacine berjaya dijujuk.

Jika berminat kisah impak manusia kepada alam, boleh baca Genesis II: Sapien & Neo-Manusia. Beli di sini;

https://s.shopee.com.my/7ASgTOG3bW
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Sat, 26 Jul 2025 17:06:11 +0300
Подробнее
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Thu, 24 Jul 2025 10:41:42 +0300
Perasan ataupun tidak, sekarang ada dah jadikan ChatGPT sebagai teman berbual dan tempat meluahkan perasaan. Kita mungkin tak rasa terkejut yg ChatGPT berupaya respon balas yang menenangkan hati kita, mengangkat beban di bahu.

Saya teringat tahun-tahun yg lalu, AI tidak berupaya untuk berbual seperti ini. Salah satu kaedah lama untuk melepasi Ujian Turing ialah keupayaan AI berbual seperti manusia.

Ujian Turing ialah ujian untuk menentukan tahap kepintaran mesin. Jika mesin melepas ujian ini, ia mempunya keupayaan mental dan kepintaran yang setara dengan manusia.

Antara versi terawal ujian ini ialah jika AI dapat respon perbualan sehingga kita (manusia) tak dapat nak bezakan respon itu respon AI atau manusia, itu bermakna AI dah melepasi Ujian Turing.

Kita pun dah sedia maklum, ChatGPT dan pelbagai chatbot lain dah ada keupayaan bersembang, malah dapat menjadi pendengar yang lebih baik berbanding manusia. Jenis yang tidak menghukum keputusan hidup kita dan mencelah perkataan kita.

Tapi ini bukan benda yg saya nak cerita. Beberapa hari lepas, saya menghadiri Forum Perdana di Masjid Seksyen 7. Dalam forum itu, Ust Badlishah kongsikan statistik, di zaman moden sekarang ini, ramai anak muda ada masalah jiwa. Maksudnya jiwa sentiasa tak tenang dan tak tentu arah. Ada kemurungan, kegelisahan dan kerisauan melampau. Ini semua melibatkan hal emosi dan mental.

Jadi, kadang bila tak ada tempat nak meluah, orang cari ChatGPT. Bagi sesetengah orang nampak kelakar, tapi percaya ataupun tidak, ia berkesan bagi ramai orang. Sampai ada yang anggap ChatGPT sebagai kawan baik.

Namun, tidak menafikan ia boleh mengundang bahaya seperti mencederakan diri sendiri sebab ChatGPT tidak faham nuansa dan "rasa" bagaimana dunia manusia berfungsi.

Apa-apa pun, mencari ChatGPT untuk menyembuhkan emosi ialah satu bentuk permintaan. Dalam perniagaan sekarang ini, tidak dapat tidak, benda ini akan dieksploitasi untuk memenuhi permintaan manusia moden yang semakin cedera emosinya. Chatbot Therapis macam TherapisGPT pun sekarang dah banyak kita tengok kalau cari di internet.

Saya teringat, semasa tahun 2018, Detroit: Become Human merupakan antara permainan video yg popular di dunia. Ia permainan berkonsepkan cerita dan naratif yg mana di masa hadapan, robot AI (android) sudah jadi kelaziman. Robot AI bukan sahaja buat kerja-kerja berkemahiran rendah, tetapi juga dibeli orang untuk jadi peneman hidup dan anak angkat.

Manusia, secara lumrahnya, mencari-cari juga sentuhan fizikal. Beban emosi terangkat sahaja tidak cukup nak menyembuhkan keseluruhan kesejahteraan dirinya. Daripada tempat meluah emosi, sentuhan fizikal juga mungkin akan menjadi permintaan manusia di masa hadapan.

Mungkin suatu hari nanti dah ada orang buat robot AI serupa macam manusia macam gambar di bawah, mesti akan ada permintaan robot ini dibeli untuk membelai manusia yang kesunyian.

Jika berminat dengan topik impak AI pada masa depan manusia, boleh baca buku Genesis II: Sapien & Neo-Manusia. Beli di sini;

https://s.shopee.com.my/7ASgTOG3bW
Подробнее
10.33 k
]]>
https://linkbaza.com/catalog/-1001891070830 Thu, 24 Jul 2025 10:41:14 +0300
Подробнее
]]>