Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Информация о канале обновлена 19.11.2025.
Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Menghubungkan Silaturahim Sahabat Kedua Ibu bapa
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَعْرَابِ لَقِيَهُ بِطَرِيقِ مَكَّةَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ وَحَمَلَهُ عَلَى حِمَارٍ كَانَ يَرْكَبُهُ وَأَعْطَاهُ عِمَامَةً كَانَتْ عَلَى رَأْسِهِ فَقَالَ ابْنُ دِينَارٍ فَقُلْنَا لَهُ أَصْلَحَكَ اللَّهُ إِنَّهُمْ الْأَعْرَابُ وَإِنَّهُمْ يَرْضَوْنَ بِالْيَسِيرِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَبَا هَذَا كَانَ وُدًّا لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ
Daripada Abdullah bin Umar RA dia berkata; "Seorang laki-laki desa bertemu dengannya di salah satu jalan menuju kota Mekah. Lalu Abdullah memberi salam kepadanya dan menaikkannya ke atas keldai yang ditungganginya, dan memberinya serban yang sedang dipakainya di kepala." Kata Ibnu Dinar; "Maka kami berkata kepada Abdullah bin Umar; 'semoga Allah membalas kebaikan kamu. Sesungguhnya orang desa itu lebih suka yang sederhana." Jawab Abdullah; "Sesungguhnya bapa orang ini dahulu adalah sahabat baik Umar bin al-Khathab (ayahnya). Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik bentuk kebaktian ialah apabila seorang anak melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya." (HR Muslim No: 4629) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa bukan sahaja semasa hidup mereka, malah perlu berterusan selepas keduanya meninggal dunia.
2. Selain daripada mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa, seorang anak juga disuruh menghubungkan ukhuwah dan silaturahim dengan keluarga dan sahabat ibu bapa.
3. Berbuat baik dengan sahabat baik ibu bapa juga adalah antara cara berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. Islam menuntut kita menghargai hubungan silaturahim dan kasih sayang yang berpanjangan.
4. Menurut Imam al-Nawawi: Kebaktian yang paling sempurna selepas kewafatan ibu bapa ialah dengan si anak menjaga hubungan dan berbuat baik kepada orang-orang yang pernah menjadi sahabat dan teman rapat kepada ibu bapanya.
5. Kebaikan yang kecil tetap bernilai besar di sisi Allah seperti menumpangkan seseorang menaiki kenderaan menuju ke sesuatu tempat juga memberi pakaian, walaupun kepada seorang Badwi, dikira sebagai amal kebajikan yang agung.
Semoga kita sentiasa berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia dengan cara menghubungkan silaturahim keluarga dan sahabat handai ibu bapa.
Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
27hb Jamadil Awal 1447H
18hb November 2025
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pemberian Pada Anak Menjadi Pelindung Neraka
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ
Daripada ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebiji kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakannya sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera beredar. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku menceritakan perkara tersebut kepada baginda. Lalu Baginda bersabda: “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada kehadiran anak-anak perempuannya (lalu dia berbuat baik kepada mereka), maka mereka akan menjadi pelindung baginya daripada api neraka”. (HR Bukhari No: 1329) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan ahli keluarga khususnya anak-anak, termasuk penyediaan makanan, pakaian tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.
2. Ibu bapa yang soleh akan mendahulukan keperluan anak-anaknya walaupun terpaksa mengikat perut.
3. Ibu bapa yang bersusah payah memberikan sesuatu makanan atau menyediakan keperluan seperti pembiayaan pembelajaran dan lain-lain kepada anaknya, akan menjadi saham melindunginya dari api neraka.
4. Anak perempuan bukan beban, tetapi rahmat dan antara jalan bagi ibu bapa untuk ke syurga.
5. Menurut Imam al-Nawawi, mendidik anak perempuan memerlukan kesabaran, perhatian, dan pengorbanan, terutama dalam konteks masyarakat Arab pada zaman itu yang memandang rendah kedudukan anak perempuan. Oleh itu, sesiapa yang bersabar, mendidik, dan mengasihi anak perempuannya dengan baik, maka anak-anak itu akan menjadi pelindung daripada api neraka.
6. Islam memuliakan peranan wanita dan ibu sebagai pendidik generasi dan sumber kasih sayang. Seorang ibu yang sabar, mengasihi, dan berkorban untuk anak-anaknya, akan mendapat perlindungan daripada api neraka.
Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
25hb Jamadil Awal 1447H
16hb November 2025
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
BUKU 1 HARI 1 HADIS JILID 1-10
Susunan Prof. Dr. Ajmain bin Safar,
Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.
Buku ini bermula dengan sesi tazkirah ringkas selepas solat Subuh yang kemudiannya ditulis kembali untuk disebarkan dalam Channel Telegram 1 Hari 1 Hadis yang akhirnya dibukukan atas permintaan ramai.
Setiap buku 1 Hari 1 Hadis mempunyai temanya yang tersendiri. Hadis-hadis berkenaan dengan tema dipilih dan diberikan pengajaran ringkas untuk memudahkan pembaca memahaminya. Tema untuk jilid 1-10 ialah seperti berikut :
Jilid 1 : Ramadhan, Aidilfitri dan Haji
Jilid 2 : Keluarga dan Masyarakat
Jilid 3 : Doa dan Zikrullah
Jilid 4 : Ilmu dan Ibadah
Jilid 5 : Adab dan Akhlak
Jilid 6 : Amalan Sunah Harian
Jilid 7 : Adab Bermasyarakat
Jilid 8 : Harta dan Ujian Dunia
Jilid 9 : Zikir, Doa & Kelebihan Ibadat
Jilid 10: Amalan dan Peringatan
Apa kelebihan buku 1 Hari 1 Hadis jilid 1-10?
🌻 Mengandungi 1000 buah hadis amalan harian pelbagai topik (setiap jilid mengandungi 100 buah hadis)
🌹Disusun & disemak oleh ahli akademik yang mahir dalam bidang hadis
🌻Hadis yang pendek & mudah difahami
🌹 Setiap hadis dilengkapi pengajarannya
🌻Size yang kecil & ringan mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Tawaran Jilid Lengkap 1-10 RM 240 sahaja.
☎ Hubungi hotline
http://www.wasap.my/60197152540
#1H1H
#1Hari1Hadis
(JILID TERBARU)
Setiap buku 1 Hari 1 Hadis mempunyai temanya yang tersendiri. Hadis-hadis berkenaan dengan tema dipilih dan diberikan pengajaran ringkas untuk memudahkan pembaca memahaminya. Tema untuk jilid 9 & 10 ialah seperti berikut :
Jilid 9 : Zikir, Doa dan Kelebihan Ibadat
Jilid 10: Amalan dan Peringatan
Apa kelebihan buku 1 Hari 1 Hadis jilid 9 & 10?
🌻 Mengandungi 200 buah hadis amalan harian pelbagai topik (1 jilid mengandungi 100 buah hadis)
🌹Disusun & disemak oleh ahli akademik yang mahir dalam bidang hadis
🌻Hadis yang pendek & mudah difahami
🌹 Setiap hadis dilengkapi pengajarannya
🌻Size yang kecil & ringan mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Harga Jilid 9 - 10 RM50.00 sahaja.
Boleh dapatkan Jilid 1 - 8 juga.
☎ Hubungi hotline
http://www.wasap.my/60197152540
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sedekah Mengikut Keutamaan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seorang lelaki berkata Wahai Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu," ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada isterimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada anakmu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada pembantumu," ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Engkau lebih tahu siapa yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.
2. Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan panduan tertib menurut syariat:
i. Untuk diri sendiri dengan menunaikan hak tubuh badan seperti makanan, minum, pakaian dan keperluan lain yang wajib.
ii. Untuk isteri (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami yang wajib berbentuk nafkah seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain).
iii. Untuk anak (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dan lain-lain).
iv. Untuk pembantu, pekerja atau sesiapa yang berada dibawah tanggungannya.
v. Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.
3. Menurut Imam al-Nawawi, sedekah kepada diri sendiri bermaksud menggunakan harta untuk memenuhi keperluan hidup yang halal, seperti makan, pakaian, tempat tinggal, dan kesihatan. Ia juga bertujuan menjauhkan diri daripada meminta-minta dan bergantung kepada orang lain.
4. Sedekah yang paling utama ialah yang memberi manfaat paling besar, bermula dengan tanggungan terdekat yang wajib dipelihara. Dengan itu, sedekah yang baik bukan sekadar banyak, tetapi strategik dan penuh hikmah.
Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak dan bukan hanya kepada orang miskin tetapi termasuk nafkah dan keperluan keluarga.
Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
23hb Jamadil Awal 1447H
14hb November 2025
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Владелец канала не предоставил расширенную статистику, но Вы можете сделать ему запрос на ее получение.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Подтвердите, что вы не робот
Вы выполнили несколько запросов, и прежде чем продолжить, мы ходим убелиться в том, что они не автоматизированные.
Наш сайт использует cookie-файлы, чтобы сделать сервисы быстрее и удобнее.
Продолжая им пользоваться, вы принимаете условия
Пользовательского соглашения
и соглашаетесь со сбором cookie-файлов.
Подробности про обработку данных — в нашей
Политике обработки персональных данных.