🌸 HATI – SUMBER KEBAIKAN & KEJAHATAN 🌸
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Ketahuilah, dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika ia baik, baiklah seluruh tubuh. Jika ia rosak, rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, ia adalah hati."
(HR. Bukhari & Muslim)
💗 Semua amalan bermula dari hati.
Jika hati bersih, perbuatan akan memancarkan kebaikan.
Jika hati kotor, amal luaran hanya topeng yang menipu.
⚠️ Racun hati di zaman ini: iri hati, riak, dengki, cinta dunia yang berlebihan.
Jika tidak dijaga, iman akan mati sedikit demi sedikit.
🌿 Rawat hati dengan:
Doa yang tulus
Zikir yang istiqamah
Taubat yang ikhlas
Muhasabah yang jujur
Kerana syurga bukan milik hati yang keras,
tetapi untuk hati yang bersih dan tunduk kepada Allah.
DOA HINDARI SIFAT MUNAFIK
Rasulullah S.A.W ajar berdoa dengan doa ini,
اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ ”
“Wahai Allah bersihkanlah hatiku dari nifaq, {bersihkanlah} amalku dari riya',{bersihkanlah} lisanku dari dusta, {bersihkanlah} mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan didalam dada.”
{HR. Hakim (2/227}.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
ﺁﻣــــــــــﻴﻦﻳَﺎﺭَﺏَّﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِــــﻴْﻦ