This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻
For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Информация о канале обновлена 06.10.2025.
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻
For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
hey guys! 🌺
those yg cemerlang in paper moral, mind sharing me your trial paper answers? so that i can share it to everyone here in this channel. by reading ur paper, others could easily get used to the new format and can learn alot from it.
thank you so much for your kindness. i really appreciates it.
ps: send it to @fbynhz
pls insert ur nickname and what negeri u are from 🙂↕️
Hi korang! Nama saya Arron,dan saya salah seorang daripada spmnetic leader tahun 2026,salam berkenalan dan saya akan cuba untuk bagi korang tips untuk Pendidikan Moral ya😊
Cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa ialah masalah peluang pekerjaan yang terhad. Hal ini berlaku kerana ada majikan yang kurang memberi ruang kepada mereka untuk menunjukkan bakat. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar menonjolkan kebolehan dalam bidang yang diminati. Jika peluang pekerjaan tidak diberikan, mereka tidak dapat menambah pengalaman untuk berjaya di peringkat dunia. Contohnya, hanya sebilangan kecil golongan OKU diterima bekerja dalam syarikat besar kerana majikan lebih mengutamakan orang normal.
Selain itu, cabaran lain yang dihadapi ialah masalah pengangkutan awam yang tidak sesuai untuk digunakan. Ada bas atau tren yang tidak menyediakan ruang khas untuk kerusi roda. Situasi ini menyukarkan mereka untuk bergerak ke tempat pertandingan atau pameran di luar negara. Mereka juga terpaksa bergantung kepada orang lain untuk membantu pergerakan. Kesannya, bakat dan usaha mereka mungkin terbantut kerana masalah pergerakan. Contohnya, ada laporan media yang menunjukkan ramai OKU menghadapi kesukaran menggunakan pengangkutan awam di bandar besar.
Cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa ialah kekangan kewangan. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengembangkan bakat atau perniagaan yang diceburi. Selain itu, ada pihak yang kurang yakin terhadap kebolehan mereka sehingga tidak mahu memberi pinjaman atau tajaan. Keadaan ini menyebabkan usaha mereka terbantut walaupun mempunyai bakat yang besar. Contohnya, menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat, banyak syarikat lebih mengutamakan individu normal berbanding OKU untuk diberi sokongan kewangan.
Cabaran lain yang dihadapi oleh golongan OKU ialah kekurangan kemudahan dan infrastruktur yang mesra pengguna. Golongan ini memerlukan peralatan khas bagi memudahkan pergerakan dan urusan harian mereka. Malangnya, terdapat kemudahan yang disalahgunakan oleh orang normal sehingga menyukarkan OKU untuk mengaksesnya. Situasi ini menyukarkan mereka untuk berlatih, bekerja atau bersaing di peringkat antarabangsa. Contohnya, kemudahan tandas OKU dan tempat letak kereta khas sering digunakan oleh individu normal tanpa keperluan.
Владелец канала не предоставил расширенную статистику, но Вы можете сделать ему запрос на ее получение.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Подтвердите, что вы не робот
Вы выполнили несколько запросов, и прежде чем продолжить, мы ходим убелиться в том, что они не автоматизированные.