Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Информация о канале обновлена 21.11.2025.
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Desain poppy dan kunci Aqsa pun tinggal sikit lagi.
⚠️⚠️❗️❗️Awas! Hanya lelaki lembut yang tak akan support bisnes brotherhood ini.
Laaa kenapa korang tak bagitahu rupanya hari ni Hari Lelaki Sedunia. Inilah susah jadi lelaki sejati, orang macam kami tak perlukan hari khusus untuk diingati dan dicari.
Sang lelaki, ayah dan suami, Sabarnya tiada henti, korbannya tiada ganti, letihnya tak minta puji.
Sebab tu lelaki asli, suka memakai baju tshirt keluaran saya dan Dr Ezz Lulu ni. Tahu tak apa signifikan pohon kaktus kepada rakyat P?
Perkataan Arab untuk kaktus, 'Sabr' bermaksud kesabaran dan keupayaan bertahan seperti mana kaktus yang tumbuh dan bertahan lama di padang pasir yang kering kontang. Pohon kaktus adalah lambang ketahanan dan kesabaran rakyat P yang menghadapi keadaan amat sukar berdekad lamanya.
Alah cerita panjang-panjang pun tak ada guna sebab stok baju ni pun tak sampai 30 helai lagi tinggal. Lelaki sejati atau isterinya yang menghargai sang suami boleh dapatkan tshirt ini di www.wasap.my/60193799495/tshirtNAN
Desain bunga poppy dan kunci Aqsa pun cantik.
Abi walaupun dah pencen, kalau diajak ke misi di mana-mana negara, Abi tak pernah menolak, macam orang mengantuk disorong bantal, orang aktif dihulur amal.
Masa ni kami ke Filipina membuka jalan untuk Humanitarian Tour di sana. Masa Sumud Abi dihantar untuk wakilkan kita ke Sri Lanka dan satukan kawan-kawan kita di Colombo.
Alhamdulillah, Abi dan Che'lah sumber kekuatan kami adik-beradik dalam menjadi milik ummah, milik masyarakat.
Selamat Hari Bapa, Abi. Abi the best Bapa ever.
Memanglah hari ni bukan Hari Bapa tapi kan hari-hari kena hargai Bapa. Lagi pun gambar ni yang keluar di album, senang buat content.
Sumud anak-anak di G sana, belajar dengan apa yang ada.
Tunjuk kat anak-anak, anak jiran, anak kawan yang tengah duduki UPKK, buat betul-betul supaya berjaya, angkat bangsa dan negara dan bantu orang lain. Semoga kalian semua diberi ketenangan menjawab dan kecemerlangan kelak.
Kempen #WinterAid4Humanity Kembali Lagi!
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat Ahmad)
Alhamdulillah pada tahun ini, Cinta Gaza Malaysia kembali dengan kempen yang dilaksanakan secara tahunan bagi membantu saudara-saudara kita yang berada didalam kesusahan ketika datangnya musim sejuk di beberapa lokasi terpilih. Tahun ini, kempen #WinterAid4Humanity akan memasuki beberapa buah negara lain selain Gaza iaitu Lubnan, Syria dan juga Tajikistan, dengan anggaran penerima manfaat seramai 300 000 orang.
Penambahbaikan yang dilakukan untuk kempen tersebut pada tahun ini adalah selain daripada kita memberi bantuan pek makanan dan selimut untuk memanaskan tubuh badan mereka, kita juga akan melaksanakan projek mapan dan lestari seperti projek pembagunan sistem perairan, panel solar masjid dan juga ambulans.
Oleh itu, ayuhlah kita bersama merebut peluang untuk ini untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan dengan menginfakkan sebahagian daripada harta yang Alllah SWT telah rezekikan kepada kita untuk mereka. Semoga harta yang diifakkan tersebut menjadi syafaat buat kita di akhirat kelak.
Klik link https://donate.infakpalestin.com/order/form/winteraid4humanity
untuk menyumbang!
#WinterAid4Humanity
#heroes4hope
Sekali-sekala kongsikan pasal isu sensitif supaya kita sama-sama berfikir dan berbahas. Berbahas mencambah minda dan menghidupkan akal, walaupun kadangkala ada jenis yang lebih suka menghina dan laju menyangkal.
Bila saya berkongsi tentang kekuatan dan legasi Nusantara dan berlaku banyak percambahan pendapat, saya ke kedai buku membeli 2, 3 buah bahan bacaan baru untuk mengorek khazanah silam yang hampir terbenam.
Baru perdebatan membuahkan hasil bukan setakat mengomen dan mengomel.
Begitu juga dalam isu Syria, dibaca sepatah terus bertelagah. Sedangkan betullah apa yang dibuat kerajaan baru; membangunkan semula kedaulatan Syria sebagai sebuah negara dan membina kekuatan, baru boleh berdepan gasakan dan membantu jiran.
Tidakkah kita belajar dari keperluan besar P mencapai status negara berdaulat dan merdeka agar boleh diperjuangkan sebagai entiti 'halal' di pentas antarabangsa?
Владелец канала не предоставил расширенную статистику, но Вы можете сделать ему запрос на ее получение.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Подтвердите, что вы не робот
Вы выполнили несколько запросов, и прежде чем продолжить, мы ходим убелиться в том, что они не автоматизированные.
Наш сайт использует cookie-файлы, чтобы сделать сервисы быстрее и удобнее.
Продолжая им пользоваться, вы принимаете условия
Пользовательского соглашения
и соглашаетесь со сбором cookie-файлов.
Подробности про обработку данных — в нашей
Политике обработки персональных данных.