Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Информация о канале обновлена 20.11.2025.
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Bagaimana kemenangan boleh bertukar menjadi ujian besar?
Perang Uhud adalah antara peristiwa paling sarat dengan hikmah dalam sejarah dakwah Rasulullah SAW. Ia bukan sekadar kisah peperangan tetapi satu manual kepimpinan yang mengajar kita tentang strategi, disiplin, ketaatan, kesilapan manusia, dan kebangkitan umat.
Dalam Siri Sirah 4.0, kita akan mendalami Peperangan Uhud secara teratur dan jelas, berasaskan rujukan utama Set Jejak Nabi Muhammad SAW. Siri ini sesuai bagi mereka yang ingin memahami sirah secara lebih strategik dan tersusun.
📘 Apa yang tuan/puan akan dapat dalam kelas ini?
✓ Penjelasan sejarah peperangan berdasarkan sumber muktabar
✓ Kefahaman strategi Rasulullah SAW dalam mengurus kemenangan dan ujian
✓ Handout lengkap untuk ulang kaji
✓ Rakaman penuh bagi yang tidak sempat menonton secara langsung
✓ Akses ke group sokongan Sirah
🎙️ Tenaga Pengajar
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah USIM & Pengacara My HadithTime, TV AlHijrah
📅 Rabu | 26 November 2025
🕘 9.00 malam – 10.30 malam
💻 Zoom Live
💰 RM20 sahaja (termasuk handout + rakaman + group sokongan)
Ini peluang untuk memahami hikmah besar di sebalik Perang Uhud, sebuah peristiwa yang membentuk keteguhan dan kebijaksanaan umat Islam hingga hari ini.
🎟 Daftar sekarang:
👉 https://yayasanpermataummah.onpay.my/order/form/kelassirah4_ustaz
Mulut Akan Terkunci, Tulang Bercakap
=====
1. Pada hari kiamat kelak, mulut manusia akan terkunci sedangkan yang berbicara adalah anggota tubuh mereka yang lain. Firman Allah:
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menukilkan hadis bagaimana Rasulullah membayangkan tulang akan bercakap. Sabda Rasulullah:
إِنَّ أَوَّلَ عَظْمٍ مِنَ الْإِنْسَانِ يَتَكَلَّمُ يَوْمَ يُخْتَمُ عَلَى الْأَفْوَاهِ، فَخْذُهُ مِنَ الرِّجْلِ الشِّمَالِ
“Sesungguhnya tulang pertama daripada tubuh manusia yang akan bercakap pada hari mulut-mulut dikunci (tidak dapat berkata-kata) ialah paha kirinya.” (Musnad Ahmad, dinilai Hasan li Ghairih)
3. Apakah yang akan disaksikan oleh pahanya sendiri? Bayangkan seluruh anggota tubuh kita sendiri akan menjadi saksi kerosakan yang dilakukan oleh diri sendiri. Semoga Allah melindungi kita.
Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗔𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗘𝗟 𝗗𝗜 𝗚𝗔𝗭𝗔
Adakah Hamas berjaya menggagalkan operasi penjajah Israel di Gaza?
Webinar terbaru Dunia Palestin akan menjawab persoalan ini melalui analisis parameter kemenangan–kekalahan perang, termasuk penilaian semula objektif ketenteraan Israel, evolusi operasi muqawamah dalam menangkis pencerobohan darat Israel, perbandingan statistik kedua-dua pihak serta kos perang terhadap ekonomi dan imej Israel.
Siapakah yang benar-benar berjaya atau gagal? Sertai webinar ini untuk mendapatkan gambaran strategik yang tidak diceritakan media arus perdana.
Tarikh: 15 November 2025 | Sabtu
Masa: 9.30 malam - 10.30 malam
Medium: Google Meet
Pembentang:
𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗡𝗮𝗯𝗶𝗹 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗧𝗮𝗸𝗶𝘆𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻
Penyelidik Dunia Palestin
Pengkaji Strategi Ketenteraan
Dijemput semua bersama sertai.
𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bit.ly/duniapalestin025
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin
Tidak Meredhai Majlis Yang Dihidang Arak
=====
1. Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan sahabat supaya menjauhi tempat yang dihidangkan arak. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخِر، فلا يقعُد على مائدةٍ يُشرب عليْها الخمْر
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul, hendaklah dia menjauhi tempat yang dihidangkan minuman arak” (Riwayat Ahmad)
2. Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak seharusnya bagi seorang Muslim berada ditempat yang terzahir perlakuan yang dilarang oleh Allah. Ini kerana keberadaan mereka ditempat tersebut seolah bersetuju dengan kemungkaran yang berlaku. Malah dibimbangi ia akan memberikan imej negatif kepada diri Muslim itu sendiri.
3. Dengan sebab itu Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan satu kumpulan peminum arak untuk dihukum sebat. Tiba-tiba beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang berpuasa dikalangan kumpulan tersebut. Umar Abdul Aziz bertegas untuk turut mengenakan hukuman adab (hukuman lain) terhadap lelaki tersebut lalu berkata: “Kamu adalah sebahagian dari mereka”. (Tafsir al-Qurtubi)
4. Imam Malik pernah ditanya berkenaan seorang lelaki yang dijemput ke satu majlis yang menghidangkan arak secara jelas. Apakah boleh dia menghadiri majlis tersebut? Imam Malik menjawab: Tidak! Kerana majlis tersebut telah menzahirkan (mempamerkan) kemungkaran yang jelas. (Ibn Battal, Sharh al-Bukhari).
5. Hadis larangan di atas diucapkan oleh Rasulullah kepada para sahabat sebagai arahan supaya menjauhi majlis yang dihidang arak. Seorang Muslim seharusnya sensitif dan tidak menzahirkan keseronokan dalam majlis yang dihiasi dengan perkara mungkar.
Semoga Allah membimbing kita
Drr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Владелец канала не предоставил расширенную статистику, но Вы можете сделать ему запрос на ее получение.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Подтвердите, что вы не робот
Вы выполнили несколько запросов, и прежде чем продолжить, мы ходим убелиться в том, что они не автоматизированные.
Наш сайт использует cookie-файлы, чтобы сделать сервисы быстрее и удобнее.
Продолжая им пользоваться, вы принимаете условия
Пользовательского соглашения
и соглашаетесь со сбором cookie-файлов.
Подробности про обработку данных — в нашей
Политике обработки персональных данных.