Perkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Информация о канале обновлена 16.11.2025.
Perkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Jadual Pengajian Mingguan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (10/11/2025 - 16/11/2025)
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Nota: Sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dan makluman terkini dari semasa ke semasa.
Di zaman Rasulullah ﷺ dahulu, para sahabat bekerja sehingga lebih banyak masa bekerja berbanding belajar, maka ditegur oleh Allah ﷻ di alam Surah At-Taubah (ayat 122) :
فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ
“Tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang (bekerja, berdakwah, mencari rezeki). Hendaklah ada segolongan di antara mereka yang mendalami ilmu agama.”
Zaman sekarang jauh lebih mudah untuk mendapatkan ilmu. Jika pekerjaan seseorang memerlukan masa yang banyak, sehingga tiba di rumah letih tak boleh pergi majlis ilmu, ada Ipad, Iphone, ada wifi, boleh tengok live streaming. Jika tak dapat dengar secara live, boleh dengar rakaman.
مَا لا يدرك كله لا يترك كله
“Jika tak boleh ambil semua, jangan tinggal semua.”
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
______________________
Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq
Maybank: 5640 1663 7026
#yayasanarriayah
#kalamhabibalialhamid
Ada orang diduga dengan kekayaan, ada yang diduga dengan kemiskinan. Ada orang diduga dengan sihat, ada yang diduga dengan sakit. Ada orang diduga sebagai orang yang zalim, ada yang diduga sebagai orang yang dizalimi.
Musibah dan nikmat kedua-duanya pada neraca yang sama (iaitu suatu dugaan), namun berbeza pada natijah (hasil). Persoalnnya, siapa yang berjaya ketika ditimpa musibah, dan siapa yang berjaya ketika diduga dengan nikmat.
-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid-
__________________
Infaq untuk pendidikan : http://ezy.la/semanisinfaq
Maybank: 5640 1663 7026
Jadual Pengajian Mingguan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (3/11/2025 - 9/11/2025)
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Nota: Sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dan makluman terkini dari semasa ke semasa.
Jika menghafal keseluruhan, ia lebih utama untuk menjaga keseluruhan hafazan Quran kerana ia telah dianugerahkan oleh Allah anugerah besar iaitu hafal Al-Quran.
Diharamkan oleh Allah untuk tanah memakan jasad orang yang hafal Al-Quranul Karim. Di dalam hadith Muslim disebutkan bahawa perumpamaan orang yang menghafal Al-Quran adalah seperti seekor unta yang diikat. Kalau ikatan itu terlepas, unta itu akan lari.
Hafazan Al-Quran perlu diikat dengan ulangkaji agar tidak hilang kerana hafazan ini lebih cepat untuk hilang berbanding unta yang terlepas dari ikatannya.
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
______________________
Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq
Maybank: 5640 1663 7026
Jadual Pengajian Mingguan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (27/10/2025 - 2/11/2025)
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Nota: Sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dan makluman terkini dari semasa ke semasa.
Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari disebutkan:
“Sesungguhnya jika Baginda ﷺ berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda ﷺ akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabbil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas.
Kemudian Baginda ﷺ akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda ﷺ melakukannya sebanyak tiga kali.”
Bahkan dalam keadaan nazak, amalan ini tidak ditinggalkan Rasulullah ﷺ. Lakukan amalan ini dengan harapan menjadi perlindungan bagi seseorang ketika hendak tidur daripada mimpi buruk, gangguan jin & syaitan, dan sebagainya.
- Al Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
___________________
Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026 (Yayasan Ar-Ri’ayah)
Владелец канала не предоставил расширенную статистику, но Вы можете сделать ему запрос на ее получение.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Подтвердите, что вы не робот
Вы выполнили несколько запросов, и прежде чем продолжить, мы ходим убелиться в том, что они не автоматизированные.
Наш сайт использует cookie-файлы, чтобы сделать сервисы быстрее и удобнее.
Продолжая им пользоваться, вы принимаете условия
Пользовательского соглашения
и соглашаетесь со сбором cookie-файлов.
Подробности про обработку данных — в нашей
Политике обработки персональных данных.