Информация о канале обновлена 03.10.2025.
Информация о канале обновлена 03.10.2025.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Tiada kata-kata dapat diungkap selain rangkap doa buat Allahyarhamah Norsyaliza Binti Ramli atau dikenali dengan Shelly Ramli yang telah kembali kerahmatullah pada jam 2:00 petang semalam.
Perjalanan akhir seorang ahbab Nafahaat. Perginya membawa semua rasa sakit. Semua lelah dan kerisauan sudahpun berakhir. Allah SWT lebih menyanyanginya daripada kami di sini. Semoga Allah SWT memuliakan tempatnya di sana. Mudah-mudahan tempat mu mendapat tempat terindah disisiNya iaitu di syurga Allah SWT.
Ya Allah, ampunkannya, kurniakan ia rahmatMu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya. Ya Allah, gantikanlah rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu, isteri yang lebih baik dari isterinya dahulu dan keluarga yang lebih baik dari keluarganya dahulu. Ya Allah, ia telah tiba di sisiMu dan Engkaulah sebaik-baik tempat untuknya. Ya Allah, muliakanlah keturunannya dan lapangkanlah pintu masuknya.
Aamiin Ya Rabbalalamin
Setiap orang Islam yang Mukallaf wajib menuntut IImu Fardhu Ain. Tidak kisah dia datang dari keluarga yang alim atau tidak.
Selagi mana dia itu Islam, maka selagi itulah dia wajib belajar dan menuntut IImu Fardhu Ain. IImu Fardhu Ain bukanlah membebankan kita tetapi ianya akan menyelamatkan kita di hari akhirat kelak. Tidak perlu kita belajar kitab yang tinggi, cukup sekadar mula belajar kitab rendah untuk melepasi yang wajib. Maka kita telah selamatkan diri kita dari dosa kejahilan dan dosa mengekalkan diri dalam kejahilan.
#KalamUstazahUmmuKhadeeja
Mengabdikan diri kepada Allah bukanlah suatu yang mudah pada pandangan kita. Tetapi ianya sesuatu yang perlu diperhalusi kerana setiap daripada perjalanan kita itu terdapatnya halangan dan terdapatnya hijab di antara kita dengan Allah. Dan untuk mengangkat hijab itu maka kita memerlukan kepada ilmu. Dan salah satu ilmu yang menjadi alat kepada pembukaan jalan kita kepada Allah adalah ilmu Tasawuf yang khusus. Yakni ilmu yang membicarakan bagaimana hendak membersihkan hati, memperindahkan akhlak dan bertaubat kepada Allah serta tunduk kepada Allah.
#KalamUstazMuhamadFakhrullah
Antara cara untuk hadapi cemuhan dan hinaan orang adalah dengar cara :
1. Bersabar
2. Berdoa kepada Allah agar kita tidak bersifat dengan sifat yang sedemikian
Baginda ﷺ tidak membalas perbuatan jahat irang terhadap baginda. Malab baginda menyatakan baginda tidak mahu membalas dan memaafkan mereka semua. Dan baginda hanya inginkan keturunan mereka yang menghina baginda ﷺ itu agar keluar menyembah Allah.
Pengajian : Syarah Wasiat Siddiqiah
Link Rakaman : https://t.me/akademinafahaat/4867
Orang yang sakit jika tidak diberi penjagaan yang rapi, makan minum yang mencukupi, ubat yang sepatutnya maka dia pasti akan mati. Begitu jugalah pada hati manusia. Jikalau hati tidak diberi hikmah atau ilmu selama 3 hari maka hati itu pasti akan mati. Ada orang dia tidak sedar hati dia mati kerana dia tiada ilmu. Dia merasa kehidupan dia itu sudah cukup baik. Tanpa dia sedari ada perkara yang lebih menjadi tuntutan kepada dirinya sendiri. Manusia itu terlena dan dia akan sedar dari lena dia itu setelah dia mati.
#KalamUstazMuhamadFakhrullah
Ikuti Link Channel Info Pengajian Nafahaat :
https://whatsapp.com/channel/0029VafB2o984Om8PJEVyW2v
Рост подписчиков
Публикации
Просмотры
Средний охват + ERR%
Владелец канала не предоставил расширенную статистику, но Вы можете сделать ему запрос на ее получение.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.