Информация о канале обновлена 19.11.2025.
Информация о канале обновлена 19.11.2025.
Cahaya merupakan objek terpantas di alam semesta. Dalam masa sesaat, boleh keliling Bumi 7-8 kali. Tapi berapa lama masa diambil untuk kita pergi tempat-tempat tertentu di angkasa dengan kelajuan cahaya?
Rujuk gambar 👇
Kelajuan cahaya ini memang laju berdesup pada mata kita. Tapi kalau pergi ke skala kosmos, sangat lambat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan kelajuan cahaya.
Dari 31 Oktober hingga 7 November, Filipina dan Vietnam dilanda Taufan Kalmaegi. Di Filipina lebih 200 terkoban. Kemusnahan jangan cakaplah. Ratusan ribu orang dipindahkan. Hampir 200 penerbangan dibatalkan. Kerugian mencecah hampir USD 300 juta
Belum sempat bernafas lagi, taufan baru pula datang—Taufan Fung-Wong (rujuk gambar). Saiznya sangat besar hingga meliputi seluruh Filipina.
Tiga negara biasa dilanda teruk apabila taufan pasifik datang setiap tahun—Filipina, Vietnam dan Taiwan.
Kalau anda ke angkasa tanpa sebarang bentuk perlindungan seperti sut angkasa, anda akan mula pengsan selepas 15 saat.
Vakum (tiada tekanan udara) di angkasa akan menyebabkan gas-gas dalam tubuh anda akan keluar termasuk oksigen. Anda akan berasa sesak nafas.
Kita dapat bernafas di Bumi, selain daripada kandungan oksigen yang banyak, tekanan udara juga penting. Tekanan udara yang lebih tinggi daripada tekanan dalam tubuh membuatkan udara dari luar senang masuk ke dalam tubuh badan.
Di angkasa pula, sudahnya tiada oksigen, tekanan udara hampir tiada langsung. Ketiadaan oksigen dalam tubuh membuatkan sistem dalam tubuh tidak dapat berfungsi.
Selain itu, vakum juga menyebabkan cecair mudah tersejat. Cecair dalam tubuh kita akan kering serta merta.
Sinaran kosmik atau mana² sinaran daripada bintang-bintang merupakan sinaran terion yang boleh mengakibatkan sel-sel dalam tubuh tidak stabil — DNA rosak, kulit rosak, dan berlaku keradangan.
Suhu yang amat sejuk di angkasa iaitu sekitar -270 °C (3 K) akan membekukan tubuh. Kita akan mati dulu sebelum tubuh kita membeku. Angkasa ialah tempat paling cepat untuk mati.
Kadang waktu Maghrib dah masuk tapi langit kelihatan macam cerah lagi bukan sebab Matahari belum terbenam, tapi sebab berlakunya pembiasan cahaya. Matahari terbenam dah pun.
Kalau perasan sekarang waktu solat banyak dah awal. Maghrib sebelum pukul 7.00 petang dah masuk.
Benda ini lazim setiap tahun. Biasanya nak dekat hujung tahun ini Matahari terbit dan terbenam lebih awal disebabkan faktor seperti kecondongan Bumi, orbit Bumi, dll. Nanti jadi lambat balik sekitar awal tahun.
Benda ini selalu dijadikan isu kononnya nak sesatkan umat Islam, padahal benda dah lazim berlaku dan pihak berautoriti maklum hal ini
Ada terbaca komen, dia tak percaya manusia moden berusia ratusan ribu tahun (300,000 tahun) sebab kalau manusia setua itu, populasi manusia mesti dah terlalu banyak sekarang.
Realitinya, populasi manusia tak pernah banyak semasa zaman batu sebab susah nak jaga populasi yg banyak pada masa itu.
Manusia di Zaman Batu hidup memburu dan berpindah randah. Dalam satu kumpulan, paling ramai pun 80 orang. Biasa 30 orang.
Mereka tak hidup dalam bandar bersistem macam kita. Satu bandar boleh cecah ribuan orang. Hidup berkampung pun tidak. Bandar bersistem, makanan yg banyak menjadikan populasi senang tumbuh membiak.
Manusia purba di zaman batu pula, selain sumber makanan yg terhad dan sentiasa tak tersedia, mereka juga kerap bergerak. Kehidupan nomad senang diuruskan apabila populasinya kecil.
Kali pertama populasi manusia mula mencanak naik adalah sejak zaman Revolusi Pertanian 12,000 tahun lalu. Sebab apa? Sebab pertanian membuatkan makanan lebihan (surplus) banyak, malah ada lebihan untuk tampung populasi yg besar. Manusia ketika itu pun dah pandai simpan makanan untuk tempoh yg panjang untuk makan di lain hari.
Disebabkan kepintaran manusia menghasilkan pertanian, depa fikir tak payah dah hidup pindah randah. Terus didirikan penempatan. Manusia mula hidup menetap. Lama-lama tertubuhlah bandar.
Dengan adanya bandar, manusia dah boleh tampung populasi yg besar dan ramai. Perlahan-lahan populasi manusia meningkat. Tapi tak laju sangat macam sekarang.
Kemudian, bila berlakunya Revolusi Industri 200 tahun lalu, populasi sekali lagi meningkat dengan laju. Jadilah macam sekarang.
Tiba-tiba naik pula pasal orang pertikai projek angkasawan pergi ke Bulan. Ini beberapa fakta yg kita boleh ambil tahu tentang misi Apollo:
1. Program Apollo terdiri daripada 17 misi, tapi hanya 9 misi sahaja yg hantar manusia ke Bulan. Setiap misi bawa 3 angkasawan, jadi jumlahnya 24 angkasawan yg dah ke Bulan. Ada 3 angkasawan yg pergi 2 kali.
Daripada 9 misi ini, hanya 6 misi sahaja berjaya mendarat di Bulan.
Daripada 17 ini, ada 2 misi yg gagal. Salah satunya telah membunuh 3 orang angkasawan. Selebihnga hanya melintasi Bulan, pusing balik ke Bumi.
Nak beritahu, projek ini bukan projek sekali buat terus jadi. Sebab itu nama program yg berjaya mendaratkan manusia di Bulan untuk kali pertama ialah Apollo 11, bukan Apollo 1.
2. Ya, ada 6 misi yg berjaya mendaratkan manusia ke Bulan. Bukan 1 misi, bukan hantar Neil Armstrong seorang saja. Walaupun jumlahnya 18 angkasawan terlibat dalam 6 misi ini, hanya 12 orang sahaja yg jejakkan kakinya ke Bulan. Sekali lagi, bukan Armstrong seorang.
Dalam misi Apollo 11, selain Neil Amrstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins ikut sekali. Yg jejakkan kaki pula cuma Armstrong dan Aldrin.
Kalau betul pernah pergi, kenapa pergi sekali saja? Jawapannya memang tak pergi sekali. Dah pergi 9 kali, dan 6 kali berjaya jejakkan kaki ke Bulan.
3. Berapa orang kakitangan yg terlibat dalam projek Apollo? Bukan 50-60 orang. Tapi 400,000 orang. Mustahil ratusan ribu orang ini nak berpakat untuk menipu.
Belum cerita lagi lebih sejuta orang yg saksikan roket Apollo 11 dilancarkan ke Bulan.
4. Benda yg mungkin ramai orang tak tahu, banyak teknologi yg kita nikmati pada hari ini, berasal daripada projek ke Bulan. Antaranya:
- vakum tanpa wayar
- panel suria untuk tuai tenaga suria (solar)
- pengimejan digital (digital imaging)
- litar bersepadu (jantung semua teknologi elektronik dan digital pada hari ini)
- bahan kalis api dan sinaran
- Penapis air berasaskan pengionan perak, biasa digunakan untuk bersihkan kolam
- Komputer berasaskan litar bersepadu (komputer dan peranti skrin yg kita pakai sekarang)
- Alat mendengar untuk orang pekak
5. Teknologi dah makin canggih, kenapa dah tak naik Bulan di zaman moden? Sebab kosnya walaupun dah semakin murah, ia masih belum cukup murah.
Kos ke Bulan tahun 70-an adalah sekitar USD 250 bilion (bersamaan pada tahun 2023). Kos ke Bulan untuk tahun 2025 di bawah program Artermis ialah sekitar USD 93 bilion. Cuba teka berapa banyak NASA dapat bajet setiap tahun? Hanya sekitar 20 bilion.
Program Artemis bukan projek NASA sahaja. Tetapi melibatkan agensi-agensi angkasa lain seperti JAXA (Jepun), ESA (Eropah), UKSA (UK), DLR (Jerman), dan lain-lain.
Cuba baca buku Angkasaraya, ada penjelasan lebih terperinci.
Nanti tahun depan, dapatkan buku Astropolitik. Ini lagi mantap. Bagi yg tak tahu, program Apollo ditubuhkan bukan kerana orang Amerika cintakan sains dan teruja nak teroka angkasa, tetapi sebab hegemoni dan percaturan politik angkasa.
Рост подписчиков
Публикации
Просмотры
Средний охват + ERR%
Владелец канала не предоставил расширенную статистику, но Вы можете сделать ему запрос на ее получение.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.
Также Вы можете воспользоваться расширенным поиском и отфильтровать результаты по каналам, которые предоставили расширенную статистику.